Video Seks Mirip DSAI
WHAT, WHY, WHERE, WHICH, WHEN, WHOSE, WHO, and WHOM
Apa ?
Tuduhan bahawa DSAI terlibat dalam aksi video lucah.Satu rakam video yang membabitkan seorang pelaku yang mirip DSAI atau mungkin DSAI sendiri.
Kenapa ?
DSAI ingin dijatuhkan kerana dia tidak layak menjadi pemimpin disebabkan tingkahlaku moralnya yang tidak diketahui oleh ramai orang.
Di mana ?
Kegiatan berlaku di sebuah bilik hotel.
Bila ?
Pada waktu yang tercatat dalam rakaman video tersebut.
Kepunyaan siapa ?
Rakaman video itu milik rakan DSAI yang diambil ketika beliau bersama dengan DSAI di dalam bilik hotel tersebut.
Siapa terlibat ?
Individu yang mirip DSAI atau mungkin DSAI dan rakannya yang membuat rakaman video tersebut, wanita yang terlibat, dan pihak hotel.
Saya tidak menonton video tersebut seperti majoriti rakyat Malaysia. Pihak berkuasa menyatakan bahawa video itu tulen. Saya juga berpendapat bahawa video itu tulen kerana imej hitam putih amat sukar untuk diubahsuai. DSAI menyatakan bahawa terdapat konspirasi pihak kerajaan untuk menjatuhkannya.
Jika ianya satu konspirasi , banyak kamera video akan digunakan di pelbagai sudut. Imej hitam putih dan bewarna akan dirakam. Alat rakaman suara akan diletakkan di merata tempat di dalam bilik tersebut. Fungsi zooming akan digunakan secara meluas.
Adalah perkara yang bodoh untuk memerangkap seseorang dengan hanya menggunakan 1 kamera sahaja jika ianya satu konspirasi.
No comments:
Post a Comment